Sunday, April 26, 2009

Apa itu BLOG

Blogging Part 1 - Apa itu blog dan bagaimana nak buat…
Oleh Bat · 1st September 2006



Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.


Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.


Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).

No comments:

Post a Comment